Friday 23 August 2013

Tamat. Dan mula.

selamat petang dunia.

*mengeluh*

*ketawa kecil*

aku kagum dengan hati sendiri.

tabah.tegar.degil.

sengaja biar ia dilacur berkali kali.

dirobek. ditusuk. diubati. dan digilis lagi.

hati oh hati.

ya. basi.

ada sekali aku rasa diri ini diterima.

sekali rasa bahagia itu dalam realiti.

bukan mimpi.

tapi. sekali itu tak lama.

ya. aku kalah lagi.

untuk kesekian kalinya.

namun dalam kalah ini, aku nampak sinar.

peluang hidup baru yang datangnya tak terduga.

datangnya aku yakin buah dari doa dalam setiap sujud terakhir ku.

aku minta rezeki. aku minta bahagia.

selama ini aku butakan mata dan hati yang rezeki dan bahagia itu asasnya bersama si dia.

kini aku yakin rezeki dan bahagia itu sudah lama berlegar di sekitar ku.

menanti saat aku berhenti melacurkan hati.

*ketawa kecil*

perancangan Tuhan itu Maha Hebat.

aku yakin kali ini aku cukup gagah untuk hadapi.

walaupun kau masih jadi yang aku rindukan.

doakan aku. dan aku juga doakanmu.

selamat tinggal kisah lama.

selamat datang kisah baru.


---move on + move out. Hi Kuala Lumpur.

Monday 3 June 2013

Jodoh.

aku kembali lagi padanya

perasaan lebih yakin dia lah orangnya

pun begitu, masih, dalam saat saat sujud terakhir setiap kali menyembah Dia

aku berdoa agar berjumpa dengan dia yang tepat

ada dalam diri suara kata aku sudah bersedia

ada juga suara goyah

masih, aku menanti jawapan Tuhan.

hari demi hari, rasa itu semakin hari semakin terhakis

mungkin kerana sudah begitu lama menanti.

ya.

lama itu bukan satu dua bulan.

sudah masuk tahun kedua, sedang melangkah ke tiga

masih, perilaku yang sama

jawapan yang sama

harapan yang sama

bila ia semakin pudar

aku tertanya, mungkinkah ini jawapan tuhan?

ujian setiap detik selama 2 tahun itu adalah dugaan

dalam aku mencari apa yang aku tidak tahu

sepanjang detik itu, aku lebih mengenali diri

mengenali jiwa,mengenali dia dan mengenali dunia

dan bila dugaan itu mungkin akan sampai ke penghujungnya,

rasa itu juga akan sampai ke hujungnya

mungkin ini jawapan tuhan?

mungkin bukan dia

tapi dia yang akan muncul dipersimpangan terakhir penantian ini.

dan jika bukan dia jodohku,

masih, aku mahu berterima kasih atas segala penantian dan dugaan sepanjang dua tahun itu.

kerana kau mengajar aku apa itu rasa sebenar cinta.

mengajar aku sabar.

mengajar aku yakin pada ketentuan dan rancangan Tuhan.

terima kasih.

sayang itu bukan memiliki.

sayang itu memberi tanpa mengharap apa apa balasan dan masih merasa kepuasan berbakti.


p/s: masih berteka teki dengan rancangan Tuhan dan perasaan yang memudar. masih. setakat hari ini.


Thursday 11 April 2013

Pembuli.

Baru tadi gua tengok muka selenge budak budak pembuli ketua tingkatan tu.

apa yang gua nampak

BUDAK.

ye. cuma budak. gua tak sure berapa umur mereka.

tapi gua kesian.

kesian sebab mereka membesar dalam keadaan di mana media mengiklankan keganasan

gengsterisme dilihat sebagai sesuatu yang cool.

ibu bapa sibuk mengejar dunia.

dunia di hujung jari.

serius gua kesian.

ye. memang mereka nakal. kalau adik gua kena belasah pun gua hangin.

mau gua tumbuk seko seko.

tapi tu tak bermakna 1 dunia boleh hukum dan hina mereka.

sadis dengan dunia. gemar menyebarkan aib.

benda dah jadi kes polis. biarlah mereka dihukum dengan undang undang adil.

dah kalau semua nak share lepas tu maki maki dah ape jadah nye.

budak je kot.

budak budak tu ada masa lagi untuk berubah.

kalau dalam usia macam ni lu orang dah decide mereka jadi tahi, macam mana mereka nak yakin mereka
boleh berubah jadi baik?

dah sekarang yang duk share tu bukan ke pembuli jugak?

pembuli siber.

lu orang tahu tak pembuli siber ni lagi dasyat impaknye?

 gua cuma harap pihak bertanggungjawab dapat fikir kaedah lain nak banteras gengsterisme.

sebab dengan buang sekolah tak menjadikan budak2 tu lebih baik.

lebih tahi adalah.

mak ayah. pantau lah anak anak tu.

cikgu pun sama. jangan takut nak angkat rotan. kalau mak bapak bising, hayun sekali dekat mak bapak.

duk manja anak sangat. tu yang jadi tahi.

kawan kawan sekelas pun, jaga la sesama lu orang.

zaman sekolah tu indah. satu hari lu orang akan gelak tengok kebodohan lu orang.

tapi bodoh biar bertempat. jangan gelapkan masa depan.

tak payah nak cita2 jadi taiko lah. lu orang kena ingat.

sekali lu orang masuk gengster, bukan senang nak keluar

siap akan libatkan orang orang yang lu orang sayang. sanggup ke??

dah lah. emosi pulak gua.

sekian. OUT.


p/s: dulu gua penolong ketua pengawas. tapi gua lepak dengan budak nakal. gua tahu la budak budak ni macam mana. tapi gua yakin, kalau betul caranya, budak budak ni boleh berjaya. ramai kawan gua yang tak semenggah masa sekolah dulu, la ni kerja bagus bagus. zzz.




Monday 25 March 2013

Rindu.

Rindu itu hak manusia.

Manusia macam aku. macam kau.

ye. aku rindu.

ini tak mudah.

tapi berhasil.

mohon jiwa tak goyah.

sekian.

Friday 8 March 2013

Malaysia.Politik.Bullshit.

Politik Malaysia menjadi semakin Bullshit dan Bullshit.

Agama , nyawa , maruah

semua nak di politikkan.

lu orang yang gila kuasa sana

lu orang ingat jadi pemimpin tu sekadar megah takhta di dunia saja?

apa lu orang lupa,

pemimpin tu akan mengheret saham rakyat jelatanya di akhirat kelak?

andai ada rakyatmu tidak mendapat keadilan yang sepatutnya

andai ada rakyatmu yang tidak menjalankan hidup beragama sebetulnya

apa lagi kalau lu orang yang bodoh melakukan perkara begitu

apa lu orang lupa?

sadis rasa bila nyawa pewira negara di lambung lambung dalam isu politik.

apa lu orang lupa setiap inci nyawa yang terbang itu, ada tersisa nyawa yang masih hidup menanti?

menanti dengan perih sekujur tubuh kaku pulang ke rumah

apa lu orang fikir mereka tak terluka setiap kali isu ini dipolitikkan?

si penjilat ketua:

si bodoh jeritkan dia babi

si bangang jeritkan bodoh celaka

sama kasta saja.

kalau jadi manusia itu jangan taksub

sedangkan agama sudah didik agar bersederhana.

yang salah tetap salah kalaupun ketua yang kau puja kata betul

membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah itu bukan lalang

tapi manusia punya otak

andai saja si penyebar berita mampu adil pada kedua pihak.

tak gentar dedahkan apa yang benar

tak kecut dedahkan apa yang salah

andailah.

pasti rakyat dan si fanatik lebih jelas dalam menilai.

**********

hari ini baca dinding muka buku lagi.

si bodoh dan si bangang masih gah menjadi pewira papan kunci.

asal ada berita yang boleh menangkan pihak tertinggi,

lalu dilaung. dijaja. dupuja

dan kemudian memaki hamun orang lain. berlagak mulia. SADIS.

*******

Gua rindukan pimpinan Rasulullah SAW.

biarpun tak pernah senafaspun gua rasainya.

*******

siapa pun berjaya meraih takhta nanti.

gua harap lu orang mampu jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh.

adil pada semua agama,kasta,bangsa,jantina.

Amin.

Amin.

Amin Ya Rabbalalamin..








Friday 1 March 2013

Lelaki Kryptonite.

Lu orang tahu tak pe natang kryptonite tu?

kalau lu orang tengok cerita Superman, lu orang tahu lah yang kryptonite tu adalah kelemahan superman.

sejenis batu hijau.


see. even superman pun ada kelemahan.

tapi gua bukan nak kabo pasal superman.

gua nak kabo pasal seorang lelaki.

lelaki yang menjadi gua punya kryptonite.

maksudnya, kelemahan gua.

gua lemah betul kalau hal-hal libatkan dia.

selama gua bernafas dekat dunia ni, gua jarang sekali lemah dengan lelaki.

gua pernah bercinta sekali. tapi gua tak lemah pun dekat ex gua tu.

gua dulu ranger. relek je.

tapi sejak gua jumpa ini satu lelaki

gua sedar. dia lah kryptonite.

dan sebab itu, gua dalam usaha menjauhi lelaki ini.

ya. lelaki yang sama yang hampakan hati gua.

walaupun dalam proses move on, gua risaukan jugak makan minum dia.

gua tak kesah dia tak pilih gua.

tapi kalau boleh gua nak dia cepat cari orang yang boleh jaga dia.

sebab kalau gua dapat tahu dia sakit ke, sedeh ke,

gua lemah betul.

gua jugak lemah kalau dengar suara dia.

marah marah gua, kalau dia yang pujuk, cair jugak la.

dah lama gua sedar benda ni.

sebab tu gua setia tunggu dia.

tapi gua sedar. hidup punya waktu.

gua tak boleh selamanya tunggu.

maka terjadilah gua pada hari ini.

seorang supergirl yang masih bertahan dengan sisa baki kryptonite yang pernah tertusuk dalam jiwanya.

dah boleh berjalan. tapi berlari belum lagi.

dan lu wahai lelaki kryptonite,

lu cepat cepat lah cari bahagia. lu mana boleh selamanya single.

esok lusa lu dah tua sape nak jaga lu?

takkan gua nak risau pasal lu sampai mati?

bukak lah hati tu. cinta tak salah. yang salah manusia yang tak reti nak hargai cinta.

gua tahu lu stuck dengan kisah lama. tapi semua orang ada kisah.

gua ada kisah.

boleh nak ingat. tapi janganlah sampai karam.

lu ingat la gua punya pepatah,

"dulu dulu memang best. tapi dulu dulu dah habes."

sekian.


p/s: gua dalam rangka nak buat blovel pasal kisah lelaki kryptonite gua ni. tengoklah kalau rajin. ha ha ha.

Thursday 28 February 2013

Kes Rabak.

Gua ada satu kawan.

masa gua rabak hati, dia rabak hati jugak.

so, kami sama rabak. gua tak sure tahap kerabakan kami sama ke tak.

tapi yang penting, kami kerabakan.

rabak jiwa,rabak mimpi, rabak semua pelamin anganku musnah. katekau.

tapi yang tak sama, gua senang je move on.

gua tak kate senang tu senang.

gua jenis redha. redha lah lepas guling atas tilam tiga empat hari.

menangis.menjerit dalam diam.

jerit yang paling kuat gua penah buat. tapi takde sape dengar.

jeritkan nama dia yang gua confirm cap jempol dia tak dengar.

kalau dengar pun dia tak mahu peduli.

gua raselah.

gua panjatkan doa. sebab gua tahu Allah lagi tahu apa yang bagus buat gua.

Dia kata setakat ni, maka setakat ni lah. gua nak rungut apa. bukan gua pemilik nyawa,jodoh,masa.

mana tahu hari ni gua mengaku gua kalah.

kalah dalam battle hati ni.

esok lusa gua menang pulak.

cuma gua tak tahu kalau menang tu dengan orang yang sama. atau tak. gua tak kisah.

janji orang tu nanti sayang gua ketat2 sampai mati.

tapi member gua ni ingat gua rabak macam dia.

sebab gua syak dia belum move on.

ye. gua tak tipu la gua masih mengharap. ada la sikit.

tapi gua takdela sampai rindu nak mati. sampai nak mati.

gua okay. dah takde jodoh. apa boleh bikin.

berbalik pada member gua.

gua cuma harap lu kuat je la.

kuat untuk tengok org yg lu sayang naik pelamin.

kalau gua, gua rase gua goyah jugak kot.

memang gua kate gua move on. for now.

tapi tgk org yang gua syg naik pelamin dgn perempuan lain?

yang tu gua belum ready lagi.

tapi yang pasti,

kita sama2 lah doakan utk org yg kita syg. ye dak?

kalau sayang, biar sayang terus.

jangan sebab ada tahi sikit dah benci tahap lumat.

sayang, tak semesti memiliki. gitu.

k lah. nanti gua bebel lagi. nak lunch.

OUT.