Thursday 28 February 2013

Kes Rabak.

Gua ada satu kawan.

masa gua rabak hati, dia rabak hati jugak.

so, kami sama rabak. gua tak sure tahap kerabakan kami sama ke tak.

tapi yang penting, kami kerabakan.

rabak jiwa,rabak mimpi, rabak semua pelamin anganku musnah. katekau.

tapi yang tak sama, gua senang je move on.

gua tak kate senang tu senang.

gua jenis redha. redha lah lepas guling atas tilam tiga empat hari.

menangis.menjerit dalam diam.

jerit yang paling kuat gua penah buat. tapi takde sape dengar.

jeritkan nama dia yang gua confirm cap jempol dia tak dengar.

kalau dengar pun dia tak mahu peduli.

gua raselah.

gua panjatkan doa. sebab gua tahu Allah lagi tahu apa yang bagus buat gua.

Dia kata setakat ni, maka setakat ni lah. gua nak rungut apa. bukan gua pemilik nyawa,jodoh,masa.

mana tahu hari ni gua mengaku gua kalah.

kalah dalam battle hati ni.

esok lusa gua menang pulak.

cuma gua tak tahu kalau menang tu dengan orang yang sama. atau tak. gua tak kisah.

janji orang tu nanti sayang gua ketat2 sampai mati.

tapi member gua ni ingat gua rabak macam dia.

sebab gua syak dia belum move on.

ye. gua tak tipu la gua masih mengharap. ada la sikit.

tapi gua takdela sampai rindu nak mati. sampai nak mati.

gua okay. dah takde jodoh. apa boleh bikin.

berbalik pada member gua.

gua cuma harap lu kuat je la.

kuat untuk tengok org yg lu sayang naik pelamin.

kalau gua, gua rase gua goyah jugak kot.

memang gua kate gua move on. for now.

tapi tgk org yang gua syg naik pelamin dgn perempuan lain?

yang tu gua belum ready lagi.

tapi yang pasti,

kita sama2 lah doakan utk org yg kita syg. ye dak?

kalau sayang, biar sayang terus.

jangan sebab ada tahi sikit dah benci tahap lumat.

sayang, tak semesti memiliki. gitu.

k lah. nanti gua bebel lagi. nak lunch.

OUT.


Al Kisah.

Ni post pertama gua.

maka hari ini macam biasa gua bangun tido, sengguk2 jap 2 3 kali,

gosok mata dua tiga tenyeh.

morning blues. 

naseb baek bos gua penyayang orangnya.

nak taknak gua gagahkan jugak diri bangun pagi pergi kerja.

dekat luar housemate dah ready panaskan enjin motor kalah gua panaskan enjin kereta.

kalah jugak rasenye abang sebelah panaskan enjen hammer.

start moto biar sejam. kejadah. buat gua sesak napas je pepagi dah sedut asap.

walaupun kadang2 gua perangai macam jin, tapi gua jenis elergik asap. tak makan asap.

dengan langkah longlai gua masuk bilik mandi.

sejak2 gua telan kolagen asli, gua punya penyahtinjaan begitu lawas sekali.

gua memang target nak jadi cun untuk bakal somi gua. (which belum muncul lagi makhluk itu)

tu yang gua gagahkan telan kolagen yang rasa macam lemak ikan patin tu. 

so mandi punya mandi, gua tengok jam nak dekat jam 7.

damn. subuh hujung waktu lagi.

naseb baek pintu rezeki gua setakat ni cun cun lagi. (terima kasih Allah)

okay. 

gua punya start bersiap memang makan masa. lu ape tahu.

gua banyak benda nak tepek. sejak2 pegang duit sendiri gua banyak laburkan dekat benda2 kosmetik.

sebab gua baru2 je berkecimpung dalam bidang jage kulit ni. dulu gua pedulik ape.

parut, lebam, belak sana sini gua cool je. 

sebab takde org yg gua syg.

eh. tetibe pulak tersebut.

ye. gua ade org yang gua syg. tapi apakan daya.

dia tak respon pun. mmg cilake. 

gua dalam proses "six degrees of separation" kata The Script. (lu org cekidaut la lagu ni. bagus untuk manusia yg nak move on)

Al kisahnye begini.

gua lama dah kawan dgn mamat ni. kawan baik lain macam punye. gua col dia, dia col gua.

gua amik berat pasal dia. dia amik berat pasal gua.

rapat la gua takyah cerita. opkos la gua syg. gua pempuan jugak. ade hati. jadi, gua jatuh hati.

tapi cinta gua die rejeck la pulak. penat je gua tunggu bertahun. dia kata dah ade awek (die tipu.dah kantoi)

tak kisah lah ape pun.

gua dah start move on dah. 

so, disini lah gua hari ini.

depan komputer hak milik opis.

dibalik kerja yang gua tinggalkan sekejap sebab customer punya komplen mcm cilake.

malas gua layan. lu bagi kejadah haram punya task. then cerewet sangat. lantak lu lah. gua buat ape terdaya je. kah kah kah.

di sini, gua menaip lagi.

gua tahu gua dalam kategori makan gaji buta setengah jam jap.

tak ada cerita bagus. tapi gua peduli ape.

blog gua. suka hati la gua nak tulis ape. ha ha.

k. OUT.