Thursday 28 February 2013

Kes Rabak.

Gua ada satu kawan.

masa gua rabak hati, dia rabak hati jugak.

so, kami sama rabak. gua tak sure tahap kerabakan kami sama ke tak.

tapi yang penting, kami kerabakan.

rabak jiwa,rabak mimpi, rabak semua pelamin anganku musnah. katekau.

tapi yang tak sama, gua senang je move on.

gua tak kate senang tu senang.

gua jenis redha. redha lah lepas guling atas tilam tiga empat hari.

menangis.menjerit dalam diam.

jerit yang paling kuat gua penah buat. tapi takde sape dengar.

jeritkan nama dia yang gua confirm cap jempol dia tak dengar.

kalau dengar pun dia tak mahu peduli.

gua raselah.

gua panjatkan doa. sebab gua tahu Allah lagi tahu apa yang bagus buat gua.

Dia kata setakat ni, maka setakat ni lah. gua nak rungut apa. bukan gua pemilik nyawa,jodoh,masa.

mana tahu hari ni gua mengaku gua kalah.

kalah dalam battle hati ni.

esok lusa gua menang pulak.

cuma gua tak tahu kalau menang tu dengan orang yang sama. atau tak. gua tak kisah.

janji orang tu nanti sayang gua ketat2 sampai mati.

tapi member gua ni ingat gua rabak macam dia.

sebab gua syak dia belum move on.

ye. gua tak tipu la gua masih mengharap. ada la sikit.

tapi gua takdela sampai rindu nak mati. sampai nak mati.

gua okay. dah takde jodoh. apa boleh bikin.

berbalik pada member gua.

gua cuma harap lu kuat je la.

kuat untuk tengok org yg lu sayang naik pelamin.

kalau gua, gua rase gua goyah jugak kot.

memang gua kate gua move on. for now.

tapi tgk org yang gua syg naik pelamin dgn perempuan lain?

yang tu gua belum ready lagi.

tapi yang pasti,

kita sama2 lah doakan utk org yg kita syg. ye dak?

kalau sayang, biar sayang terus.

jangan sebab ada tahi sikit dah benci tahap lumat.

sayang, tak semesti memiliki. gitu.

k lah. nanti gua bebel lagi. nak lunch.

OUT.


No comments:

Post a Comment