Monday 3 June 2013

Jodoh.

aku kembali lagi padanya

perasaan lebih yakin dia lah orangnya

pun begitu, masih, dalam saat saat sujud terakhir setiap kali menyembah Dia

aku berdoa agar berjumpa dengan dia yang tepat

ada dalam diri suara kata aku sudah bersedia

ada juga suara goyah

masih, aku menanti jawapan Tuhan.

hari demi hari, rasa itu semakin hari semakin terhakis

mungkin kerana sudah begitu lama menanti.

ya.

lama itu bukan satu dua bulan.

sudah masuk tahun kedua, sedang melangkah ke tiga

masih, perilaku yang sama

jawapan yang sama

harapan yang sama

bila ia semakin pudar

aku tertanya, mungkinkah ini jawapan tuhan?

ujian setiap detik selama 2 tahun itu adalah dugaan

dalam aku mencari apa yang aku tidak tahu

sepanjang detik itu, aku lebih mengenali diri

mengenali jiwa,mengenali dia dan mengenali dunia

dan bila dugaan itu mungkin akan sampai ke penghujungnya,

rasa itu juga akan sampai ke hujungnya

mungkin ini jawapan tuhan?

mungkin bukan dia

tapi dia yang akan muncul dipersimpangan terakhir penantian ini.

dan jika bukan dia jodohku,

masih, aku mahu berterima kasih atas segala penantian dan dugaan sepanjang dua tahun itu.

kerana kau mengajar aku apa itu rasa sebenar cinta.

mengajar aku sabar.

mengajar aku yakin pada ketentuan dan rancangan Tuhan.

terima kasih.

sayang itu bukan memiliki.

sayang itu memberi tanpa mengharap apa apa balasan dan masih merasa kepuasan berbakti.


p/s: masih berteka teki dengan rancangan Tuhan dan perasaan yang memudar. masih. setakat hari ini.


No comments:

Post a Comment